Monday, January 25, 2010

MENGENAI WEBSITE

Pada zaman dunia serba moden sekarang banyak website baru yang telah muncul untuk kegunaan kita. Saya begitu tertarik dengan rekabentuk dan konsep web sehinggalah dari fungsi yang dinamik.

Sebagai contoh yang tepat ialah website Scribd yang banyak memberi faedah kepada mereka yang mencari file PDF dalam pelbagai kategori subjek. Saya menemui banyak sumber maklumat di Scribd untuk dijadikan bahan penulisan dan rujukan selama ini.

Selain itu anda juga boleh layari website Hotscripts jika mencari script web yang mempunyai pelbagai jenis seperti portal, forum, email script, autodowline dan sebagainya. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Melalui website ini sebenarnya saya mempelajari banyak perkara yang boleh dilakukan dengan website. Bukan sekadar design tetapi mempunyai kuasa hebat untuk menjadikannya suatu tarikan pengunjung dan fungsi menarik yang semestinya akan membuatkan orang sentiasa melawat web anda.