Wednesday, March 31, 2010
MEMBELI BELAH SECARA ONLINE
Membeli-belah secara online satu pengalaman yang menyeronokkan. Ianya mudah, pantas dan menjimatkan. Anda tidak perlu bersiap-siap berpakaian lengkap untuk keluar, memandu atau meminta suami membawa ke kedai buku yang lokasinya jauh dari rumah, berpenat-penat di jalan raya, parking, jam dan macam-macam lagi. Selepas menempah barang yang dikehendaki, kesibukan rumah tangga melupakan anda sebentar. Tup-tup, posmen datang menghantarnya ke rumah. Oh, gembiranya hati bukan kepalang. Seseorang yang dikenali sebagai Kakchik, mempunyai sebuah kedai buku. Kedai buku beliau diberi nama Mari Baca. Kedai buku tersebut asalnya sebuah kedai buku maya. Kini ia menjadi sebuah kedai buku yang bukan saja memberi manfaat kepada masyarakat setempat, tetapi juga orang jauh masih boleh mendapat manfaat dengan membeli secara online. Seorang lagi yang memiki kedai secara online dikenali sebagai, Asmawati, juga mempunyai sebuah kedai online yang menjual pelbagai barangan wanita seperti pakaian, tudung, beg tangan, dan macam-macam lagi. Dengan adanya kedai seperti ini, mudahlah kaum ibu hendak membeli-belah. Tapi mungkin tidak sesuai untuk wanita yang suka membeli belah sambil window shopping kerana barangnya agak terhad. Tapi kalau ade yang tak suka window shopping ni, kedai online lah pilihan terbaik. Lagi pula, kalau pergi ke supermarket atau hipermarket, rambang mata hendak pilih barang yang diingini. Bagi pengurus yang sibuk (pengurus rumah tangga), masa amat berharga dan harus diambil kira. Kalau bukan pengurus yang sibuk pun, ingat-ingatlah yang kita kelak akan ditanya tentang masa ke mana dihabiskan. Nak bagi alasan window shopping dapat menghilangkan stress? Sempat ke nak buat lawak masa tu?Demikianlah cerita kedai online. Bagi yang belum pernah membeli secara online, cubalah. Anda pasti gembira.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment