SENARAI WEBSITE PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU:
1. Laman Tatabahasa Melayu (khusus untuk Tatabahasa)
Laman web ini khusus untuk mempelajari tatabahasa dalam Bahasa Melayu seperti Golongan Kata, Kata Nama, Kata Ganti, Kata Kerja, Kata Adjektif, Kata Hubung, Kata Seru, Kata Tanya, Kata Perintah, Kata Pangkal Ayat, Kata Bantu, Kata Penguat, Kata Penegas, Kata Nafi, Kata Pemeri, Kata Sendi Nama, Sendi 2, Kata Pembenar, Kata Bilangan, Kata Keterangan, Kata Arah, Pengimbuhan, Pengandaan, Ayat Inti, Ayat Majmuk, Ayat Aktif, Ayat Pasif, Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah, Ayat Seruan, Sinonim, Antonim, Kata Banyak Makna, Penjodoh Bilangan, Tanda Baca, Simpulan Bahasa, Perumpamaan Pepatah dan sebagainya. Juga dibincangkan mengenai kesalahan tatabahasa. Juga ada disediakan kemudahan-kemudahan lain seperti Bank Soalan dan muat turun.
2. Laman Web Contoh Karangan Bahasa Melayu (khusus untuk Karangan)
Laman web ini adalah sama alamatnya dengan laman web di atas, tetapi bahagian ini lebih khusus kepada contoh-contoh karangan sepertu surat kiriman rasmi, karangan jenis laporan, syarahan, perbahasan, berita, pengalaman, cereka dan banyak lagi. Turut disertakan skema, panduan menulis, analisis, kelemahan dan strategi.
3. Website Laporan Prestasi Pelajar Bagi Subjek Bahasa Melayu
Laman web ini rasanya masih dalam peringkat kemas kini dan sedang menjalani proses penambahan isi kandungan. Namun elok rasanya jika laman web ini disenaraikan terlebih dahulu. Website ini ada memuatkan isi-isi laporan berkaitan kelemahan pelajar dalam menulis karangan. Isi laporan ini boleh dijadikan tips dan panduan yang berguna untuk para pelajar pertimbangkan sebelum menulis karangan. Apa yang patut ditulis untuk mendapat markah dan apa yang tidak patut ditulis untuk mengelak kehilangan markah.
4. Jurnal Berkaitan Pemarkahan Karangan Umum dan UPSR
Isi kandungan laman web ini sesuai untuk para pelajar di peringkat universiti yang mengambil bidang berkaitan pengajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Terdapat beberapa jurnal yang boleh dijadikan rujukan.
5. Koleksi Cerita Dongeng Kanak-kanak
Bagi para pelajar yang ingin mencari idea untuk karangan berbentuk cereka. Ini satu laman web yang boleh dijadikan rujukan untuk mencetus ilham untuk penulisan cereka.
6. Laman Web Penulisan dan Karangan UPSR dari SK Darau
Satu lagi laman web yang mesti dibuka bagi para pelajar yang sedang mencari laman web untuk pembelajaran Bahasa Melayu dan Penulisan. Antara isi kandungannya ialah modul-modul ringkas yang berkaitan dengan: A. Karangan Berformat1. Jenis Surat Kiriman Rasmi2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi3. Karangan jenis Ucapan4. Karangan jenis Syarahan5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara6. Karangan jenis Berita7. Karangan jenis Catatan Diari8. Karangan jenis Laporan9. Karangan jenis PerbahasanB. Karangan Tidak Berformat1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan4. Karangan Jenis Perbincangan5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi7. Karangan Jenis Peribahasa
7. Laman Web Mengenai Asal Usul Bahasa Melayu
Belajar sesuatu bahasa takkan lengkap kalau kita tidak tahu asal-usulnya. Laman web ini ada mengisahkan serba sedikit mengenai asal-usul Bahasa Melayu. Juga ada nota-nota lain berkaitan STPM. Klik URL Link di bawah untuk ke muka utama laman web ini. Juga disertakan soalan-soalan latihan untuk para pelajar.
Saturday, March 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment